ASSALAMUALAIKUM
ndjkadkjsbddbzcdbjgdhkcxbmnvygidew
dnsajdkjbb,xxnb,ssbc,sanjdggddbjs
hsadbnmwhueyiyriyfmdsn nsbcnsbhdsaa
dsabjddba dnwbdjhwwijddkancm nbd
hkahdhsknfksdnbkdbkvbdkbvkjrbhovhrehlhlfhlsflslcnsldlhfldhflsdlhlslsl
ndjkadkjsbddbzcdbjgdhkcxbmnvygidew
dnsajdkjbb,xxnb,ssbc,sanjdggddbjs
hsadbnmwhueyiyriyfmdsn nsbcnsbhdsaa
dsabjddba dnwbdjhwwijddkancm nbd
hkahdhsknfksdnbkdbkvbdkbvkjrbhovhrehlhlfhlsflslcnsldlhfldhflsdlhlslsl
Selamat pagi sayang, hari ini istimewa untuk kita berdua. Akad akan abang lafazkan, mulanya ikatan sah antara kita. Dulu sayang selalu rindu bila tak jumpa, sekarang setiap hari boleh tatap muka comel abang. Jangan jemu, jangan benci, baiknya cambahkan rasa sayang dihati kita.
Selamat pagi sayang, tiga bulan hidup bersama, jalan berpimpin tangan, baju tak pernah tak sedondon, makan pakai semua terurus, semua sayang aturkan. Bahagia abang rasakan, senyuman sayang manis semanis gula yang naik harga. Sayang bahagia bersama abang?
Selamat pagi sayang, baru enam bulan perkahwinan kita Dia kurniakan rezeki tak ternilai buat kita. Sayang gembira sangat, tak sampai lima minit satu keluarga kita dah tahu. Tak tenang abang buat kerja, tak sabar nak balik kucup pipi sayang. Syukur abang pada Dia.
Selamat pagi sayang, lama abang ambil cuti konon nak jaga sayang. Abang mabuk-mabuk, muntah-muntah, orang kata pembawak budak. Tak kena pada sayang tapi kena pada abang. Terbalik. Sayang pulak jaga abang. Kesiankan abang? Tapi sayang selalu gelakkan abang.
Selamat pagi sayang, kandungan sayang makin membesar sebesar perut abang yang sayang kata makin memboroi. Sayang marah abang tak jaga perut, tapi abang rasa sweet sebab sepadan dengan sayang. Geram abang rasa, tengoklah nanti sebulan dua abang pergi gim jangan sayang datang gigit bicep abang!
Selamat pagi sayang, hari ini hari pedih buat kita. Doktor kata komplikasi risiko sayang teruskan kandungan. Antara dua akan terkesan. Tak mampu abang berfikir. Sayang tegas pendirian, demi cinta kita sayang nak teruskan. Puas abang halang, tak termampu melawan inginnya sayang. Bergaduh besar kita, pertama kali lihat sayang menangis. Sayang sebolehnya yakinkan abang. Abang tewas, terpaksa abang relakan. Emosi kita tak stabil, tapi sayang yang abang risaukan.
Selamat pagi sayang, ulang tahun hari lahir abang jatuh pada hari ini. Tapi hari inilah hari yang abang rasakan tak mahu hidup meski tengah abang hadap saat sesaat. Terlalu takut dengan takdir yang Dia tetapkan. Semua keluarga kita datang berikan sokongan, abang kaku terkelu lidah. Fikiran mati dibunuh rasa yang tak ingin abang rasakan. Sayang bertarung dengan nyawa, abang tak mampu buat apa-apa kecuali berdoa. Kuatlah sayang, abang masih perlukan sayang!
Selamat pagi sayang, sebulan telah berlalu. Aishah hadiah yang sayang beri pada abang. Comel anak kita, comel macam abang tapi cantik macam sayang. Terima kasih sayang. Tapi masih abang rasakan ada yang kurang. Rasa itu seolah memerah hati abang, doakan abang kuat walau tak sekuat Channing Tatum yang sayang pujakan. Abang cemburu tahu tak!
Selamat pagi sayang, Aishah dah mula pandai bercakap. Tahu apa perkataan pertama Aishah? Ibu, banggalah yang sayang patut rasa. Tapi kali ni abang tak cemburu. Tapi emosi abang seakan terganggu, memikirkan hari yang mendatang dari yang lepas. Terus hantui hidup abang.
Selamat pagi sayang, maafkan abang sebab tak kuat. Mata dah lama berat menakung perih, tak tertahan abang menahan sedih. Hanya hari ini izinkan abang, bukan terkenang tapi kekal mengenang. Perginya sayang terasa menyeksakan. Saat terakhir itu, sayang minta abang janjikan. Janjikan sayang abang takkan bersedih tapi abang cuma manusia. Masih punya perasaan, manusia yang amat rindukan sayang. Mencurah air membasahi pipi, janji abang pada sayang akan Aishah usaha abang tunaikan.
Selamat pagi sayang, Aishah makin dewasa. Kerap dia tanyakan tentang sayang. Abang jawab setiap satu yang dia tanyakan. Sekarang abanglah ibu abanglah ayah. Terkejar-kejar jugak abang nak uruskan semua, nasib ada mak ayah boleh tengokkan Aishah masa abang bekerja.
Bersambung... HAHAHA.
Bersambung... HAHAHA.